Anugerah Dan Penghargaan Wings_(kumpulan_muzik_Malaysia)

Anugerah Muzik Singapura
TahunPenerima/Karya tercalonKategoriKeputusan
1988WingsKumpulan Rock TerbaikMenang
AwiePenyanyi Lelaki TerbaikMenang
BlackPemain Dram TerbaikMenang
"Hukum Karma"Lagu Rock TerbaikMenang
"Taman Rashidah Utama"Lagu Slow Rock TerbaikMenang
Anugerah Juara Lagu

Dua lagu dari album Hukum Karma iaitu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila layak keperingkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-4. Persembahan Wings pada malam itu cukup menarik walaupun baru pertama kali melayakkan diri keperingkat akhir. Menerusi dua lagu itu, Wings memenangi ditempat kedua dan ketiga dalam kategori persembahan terbaik.

Selepas album Hukum Karma menaikkan nama Wings dipersada seni tanahair, dua tahun berturut-turut mereka mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Kali ini mereka mempertaruhkan lagu Sejati dari album Teori Domino.

Seperti yang diramal lagu Sejati bakal meraih kemenangan, lagu tersebut telah berjaya memenangi kategori persembahan terbaik dan tempat ketiga untuk kategori juara lagu.

TahunAnugerahPenerima/Karya tercalonKategoriKeputusan
1989Anugerah Juara Lagu ke-4"Taman Rashidah Utama"Persembahan TerbaikTempat kedua
"Misteri Mimpi Syakila"Persembahan TerbaikTempat ketiga
1990Anugerah Juara Lagu ke-5"Sejati"Persembahan TerbaikMenang
"Sejati"Juara LaguTempat ketiga
Anugerah Industri Muzik

Pada tahun pertama Anugerah Industri Muzik (AIM), album Wings `Bazooka Penaka` telah memenangi kategori Rakamana Album terbaik AIM. Album ini juga menerima pencalonan paling banyak dalam pelbagai anugerah termasuk album `Double Trouble`.Bagaimanapun, hanya satu sahaja anugerah dimenangi Wings yang selebihnya tewas ditangan saingan terdekat mereka iaitu kumpulan Iklim.

Kali ini pencalonan Wings didalam pertandingan AIM ke -4, Wings telah berjaya memenangi kategori Kulit Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) menerusi album Biru Mata Hitamku, album pertama yang menampilkan Mus sebagai penyanyi utama. Rekabentuk kulit album yang dihasil dengan menggunakan digital 4D oleh Bombay. Ia cukup menarik sejajar dengan tajuk album dengan logo Wings yang di tengahnya diletakkan sepasang mata yang mata hitamnya berwarna biru. Ditepinya terdapat satu pantulan cahaya dan latar belakang kulit album ini ialah bentuk logo 3D Wings berwarna biru.

TahunPenerima/Karya tercalonKategoriKeputusan
1993Bazooka PenakaRakaman Album TerbaikMenang
1996Biru Mata HitamkuKulit Album TerbaikMenang
Anugerah Planet Muzik

Kali ini buat julung kali kumpulan Wings diberi penghormatan di Suntec Singapura sebagai penerima Anugerah Khas Planet Muzik.

TahunPenerima/Karya tercalonKategoriKeputusan
2014WingsAnugerah Khas Planet MuzikMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Setelah lebih tiga dekad Wings berkecimpung didalam industi muzik yang penuh dengan berbagai cabaran, jatuh bangun, sukaduka, usaha, penat lelah, liku-liku, pahit getir dan onak berduri, Wings buat kali pertama berjaya memenangi anugerah kategori tersebut. Sememangnya Wings belum pernah memenangi anugerah kategori ini. Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa dan sukar dipercayai oleh anggota Wings sendiri. Kejayaan ini juga adalah berkat dari peminat-peminat setia Wings.

TahunAnugerahPenerima/Karya tercalonKategoriKeputusan
2016Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29WingsArtis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan PopularMenang

Rujukan

WikiPedia: Wings_(kumpulan_muzik_Malaysia) http://kisah69.blogspot.com/2012/04/trivia-kumpula... http://www.facebook.com/wingsmotorgangsociety //scholar.google.com/scholar?q=%22Wings%22+kumpula... //www.google.com/search?&q=%22Wings%22+kumpulan+mu... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Wings... //www.google.com/search?q=%22Wings%22+kumpulan+muz... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Wings%22+ku... http://www.limauais.com/konsert-wings-opera-hidup-... http://www.ohbulan.com/gambar-konsert-wings-opera-... http://malaymp3.info/?s=wings